::-webkit-scrollbar {height:12px;width: 12px;background: #800080;}::-webkit-scrollbar-thumb {background-color: #FF00FF;-moz-border-radius: 10px;border-radius: 10px;}

Tuesday, December 27, 2011

oMbAk RiNdU




salam...
hari ni nak citer pasal filem ombak rindu....
mesti ramai yang dah tengok filem ni kan??
aku dah tengok semalam
pada 25 disember
aku tengok dekat mesramall,kemaman...
best sangat citernya...
itu pada pendapat aku la...
sebab kadang2 ada yang kata citer tu x best lah,pelakon tak sesuai lah,tapi pendapat aku,best je citer nya...lagipun pelakonnya dapat melakonkan wataknya dengan baik...tapi semua orang ada pendapat masing2 kan??

pelakon dalam citer ni....
siapa tak kenal...lelaki pujaan malaya...dan pujaan aku jugak...hehe
AARON AZIZ....sapa tak kenal kan??
heroinnya pulak...artis wanita kacukan melayu dan jerman...
MAYA KARIN...aku rasa dia dapat melakonkan watak perempuan melayu dengan baik walaupun dia bukan hundred percent melayu....
watak mila amylia pulak dilakonkan oleh 
LISA SURIHANI...yang akan kahwin dengan Yusry KRU tahun depan....
sebenarnya ramai lagi pelakon dalam citer ni tapi aku malas nak menaip...kalau nak tahu siapa pelakonnya yang lain korang kenalah tengok citer ni....

orang kata citer ni sedih sampaikan ada sesetengahnya nangis tersedu-sedan..tapi aku takla sampai macam tu...cuma adalah bergenang sikit airmata tu...lagipun watak Izzah dalam citer tu banyak nak kena nangis...sedih jugaklaa...hihi
aku dengar citer ni dah masuk 10 juta...mana taknya..setiap kali masuk pawagam...full gila...nasib baik aku pergi hari tu aku dapat masuk..alhamdulillah...

aku tengok citer tu sama2 ngan adik aku 2 orang dan sepupu perempuan aku yang umur 7 tahun....diorang semua kecik2....aku je yang paling besar...mak aku dan mak sedara aku taknak tengok..diorang nak gi shopping katanya...

apapun filem ombak rindu ni aku rasa memang terbaiklaa...
korang tau tak ombak rindu ni adaptasi dari novel ombak rindu karya Fauziah Ashari....dan novel ombak rindu ni ada sambungannya iaitu Cinta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku...
cewahhh...tiba-tiba pulak aku jadi mcam ni hehe..
aku harap filem ni pun ada sambungannya 
lagipun aku baca dalam blog2 hiburan,ada jugak ura-ura yang mengatakan yang pengarah filem ombak rindu ni nak buat sambungan sebab filem ni pecah panggung...
hopefully betul...sebab kalau ada sambungannya aku pun nak tengok...
tapi kita pun tak tahu betul ke tak.....

ok...habis dah pasal ombak rindu...sapa yang belum tengok...cepatla tengok...oooo..ada sikit lagi...citer ni durasinya 2 jam lebih....kadang2 tengok tu ngantuk pun ada sikit....filem twilight saga pun 1 jam lebih je...tapi nak buat macamana....adaptasi dari novel kann..

okey...jumpa lagi blog...babai..
wassalam

No comments:

Post a Comment

 
Dayanazubir@copyright.2012